
Natsumi tercari-cari bunyi mengiau yang didengarinya. Rura-rupanya telur itu sudah retak dan keluarlah seekor anak kucing comel yang berkepala besar berbadan kecil. Bulunya juga lembut bagaikan sutera. Perlahan-lahan dia menghampirinya lalu menangkapnya. Kucing itu meronta-ronta cuba melepaskan diri tetapi gagal. Natsumi tersenyum sendirian kerana dia mempunyai idea yang cukup bernas pada masa itu.

No comments:
Post a Comment