
" Mitsuki ! " kata ibu Mitsuki yang bernama Puan Sara. " Ya mak'. Mitsuki berlari ke arah ibunya yang sedang memasak di dapur. " Pergi ke bilik stor di luar rumah tu dan kamu kena kemaskan bilik tu faham..". Dia berlari anak ke luar menuju ke bilik stor sambil membawa bulu ayam bersamanya. Setibanya di sana, dia mula membersihkan bilik itu dengan menjatuhkan sawang & sarang labah2 ke bawah agar mudah bilik itu dibersihkan. Selepas itu, dia menyusun kotak2 dan barang2 di situ. Sewaktu sedang menyusun kotak, tiba2 dia ternampak sebiji telur yang mempunyai corak pusaran di atasnya. Dia pun mengangkat telur itu lalu membawanya masuk ke dalam rumah. Dia pergi ke dapur lalu bertanya " Mak, ni telur apa? ". Ibunya membalas " Mana la mak nak tau...eh,mana kamu jumpa telur tu..?" tanya Puan Sara dengan perasaan hairan dan terkejut. Mitsuki terus berlari ke atas meninggalkan ibunya yang kebingungan. Setibanya di kamar, dia terus meletakkan telur itu di dalam sebuah raga rotan lalu membalutnya menggunakan tuala agar telur itu menjadi hangat...

No comments:
Post a Comment