Wednesday, October 28, 2009

Welcome!


Selamat datang ke blog baru saya. Saya akan menulis sebuah cerita yang bertajuk ' 3 Cute Animals'. Cerita ini mengisahkan tentang 3 ekor makhluk asing yang berupakan haiwan peliharaan dan mereka telah dibela oleh 3 orang budak perempuan tingkatan 2 di Tokyo Jepun. Harap para pembaca terhibur apabila membaca cerita ini nanti!

Tuesday, October 27, 2009

Pengenalan

Watak2 3 Cute Animals :

  • Fufu - seekor haiwan/alien yang tabah & penyabar
  • Kitty - seekor haiwan/alien yang menyerupai kucing
  • Bombi - seekor haiwan/alien yang menyerupai anak beruang
  • Sabrina - tuan kepada Fufu
  • Natsumi - tuan kepada Kitty
  • Mitsuki - tuan kepada Bombi

* Cerita ini mengisahkan tentang 3 alien yang menyerupai haiwan yang datang dari planet yang berbeza di Milky Way ( galaksi ). Lalu, mereka telah diperihala oleh manusia di bumi. Di situlah bermulanya hidup mereka di planet yang dipenuhi dengan flora & fauna.....

Monday, October 26, 2009

Episod 1: Telur?!

Pada suatu pagi... Ding-dong. " Siapa pulak yang datang nie.." Sabrina mengeluh. Lalu, dia pergi ke ruang tamu untuk membuka pintu. " Telur? " bisik hati kecilnya. Dia pun mengangkat telur tersebut dan membawanya masuk ke dalam. Kemudian, dia membawa telur itu ke dalam biliknya lalu meletakkannya di atas sebuah batal yang terletak di atas meja belajarnya. Dia tertanya-tanya apakah yang akan keluar setelah telur itu retak. Dia bertambah hairan apabila mendapati saiznya yang sebesar streka dan corak bulatan di atasnya.



Sunday, October 25, 2009

Episod 1: Telur?! (bhg 2)


" Mitsuki ! " kata ibu Mitsuki yang bernama Puan Sara. " Ya mak'. Mitsuki berlari ke arah ibunya yang sedang memasak di dapur. " Pergi ke bilik stor di luar rumah tu dan kamu kena kemaskan bilik tu faham..". Dia berlari anak ke luar menuju ke bilik stor sambil membawa bulu ayam bersamanya. Setibanya di sana, dia mula membersihkan bilik itu dengan menjatuhkan sawang & sarang labah2 ke bawah agar mudah bilik itu dibersihkan. Selepas itu, dia menyusun kotak2 dan barang2 di situ. Sewaktu sedang menyusun kotak, tiba2 dia ternampak sebiji telur yang mempunyai corak pusaran di atasnya. Dia pun mengangkat telur itu lalu membawanya masuk ke dalam rumah. Dia pergi ke dapur lalu bertanya " Mak, ni telur apa? ". Ibunya membalas " Mana la mak nak tau...eh,mana kamu jumpa telur tu..?" tanya Puan Sara dengan perasaan hairan dan terkejut. Mitsuki terus berlari ke atas meninggalkan ibunya yang kebingungan. Setibanya di kamar, dia terus meletakkan telur itu di dalam sebuah raga rotan lalu membalutnya menggunakan tuala agar telur itu menjadi hangat...


Saturday, October 24, 2009

Episod 1: Telur?! (bhg 3)

Natsumi, seorang murid yang aktif bersukan merupakan anak gadis Puan Lily. Sekarang ialah musim panas di negara matahari terbit. Natsumi menaiki basikalnya yang berwarna merah ke kedai untuk membeli ketul ais yang disuruh oleh ibunya. Setelah membeli ketul ais, dia mengayuh basikalnya sepantas kilat supaya ais tersebut tidak sempat cair di tengah jalan. Setibanya sampai di rumah....

Puan Lily :Mana ketul ais tu?
Natsumi : Nah.
Puan Lily : Terima kasih...Nah, tadi ada postman hantar bungkusan nie untuk kamu.
Natsumi : Sape hantar?
Puan Lily : Entah.

Dia mengambil bungkusan tersebut lalu pergi ke bilik. " Wah!!! ada coklat lah! " Jerit Natsumi dengan riangnya. Tiba-tiba, coklat tersebut bertukar menjadi sebiji telur yang mempunyai belang di kelilingnya.

Friday, October 23, 2009

Episod 1: Telur?! (bhg 4)

Mereka bertiga bercadang untuk pergi ke perpustakaan selepas waktu persekolahan tamat. Tujuan mereka ke sana adalahlah kerana mereka ingin menyilidik hal berkenaan telur tersebut. Malangnya, mereka tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya. Tetapi, Mitsuki masih tidak berputus asa kerana dia memang ingin tahu telur apakah itu. Setibanya di rumah, dia terus ke bilik lalu membuka komputer. Dia mengakses internet dan menaip www.typeofeggs.com , www.alieneggs.com & www.spiraleggs.com. Namun, semua laman web itu tidak wujud langsung. Bukan itu sahaja, dia juga langsung tidak memperoleh apa2maklumat mengenainya melainkan telur dinasour dan sebagainya.Tepat jam 12 malam ke tiga-tiga telur itu retak dan keluarlah 3 ekor haiwan. Mereka datang dari planet yang berbeza.


Thursday, October 22, 2009

Episod 1: Telur?! (bhg 5)


Pada keesokan pagi, alangkah terkejutnya Puan Sara apabila melihat keadaan rumahnya yang tunggang langgang. Dia mengambil sebuah kamus di ruang tamu. Dia bertujuan ingin memukul perompak yang memasuki rumahnya. Namun lain pula yang jadi. Dia berjalan menuju ke dapur dan perlahan-lahan ke peti sejuk memandangkan ianya terbuka. Dia menjerit apabila melihat seekor beruang kecil yang comel sedang menggigit-gigit bungkusan bebola ikan. Apabila beruang itu nampak Puan Sara. Dia terus berlari masuk ke dalam bilik Mitsuki dan menyorok di sebalik serpihan telurnya. Puan Sara menjadi kaku seketika. Dia ingin menanya anak kesayangannya berkenaan hal itu apabila dia bangun. Sekarang, lebih baik dia mengemaskan rumahnya yang tunggang-langgang itu sebelum suaminya bangun.