Wednesday, October 28, 2009

Welcome!


Selamat datang ke blog baru saya. Saya akan menulis sebuah cerita yang bertajuk ' 3 Cute Animals'. Cerita ini mengisahkan tentang 3 ekor makhluk asing yang berupakan haiwan peliharaan dan mereka telah dibela oleh 3 orang budak perempuan tingkatan 2 di Tokyo Jepun. Harap para pembaca terhibur apabila membaca cerita ini nanti!

Tuesday, October 27, 2009

Pengenalan

Watak2 3 Cute Animals :

  • Fufu - seekor haiwan/alien yang tabah & penyabar
  • Kitty - seekor haiwan/alien yang menyerupai kucing
  • Bombi - seekor haiwan/alien yang menyerupai anak beruang
  • Sabrina - tuan kepada Fufu
  • Natsumi - tuan kepada Kitty
  • Mitsuki - tuan kepada Bombi

* Cerita ini mengisahkan tentang 3 alien yang menyerupai haiwan yang datang dari planet yang berbeza di Milky Way ( galaksi ). Lalu, mereka telah diperihala oleh manusia di bumi. Di situlah bermulanya hidup mereka di planet yang dipenuhi dengan flora & fauna.....

Monday, October 26, 2009

Episod 1: Telur?!

Pada suatu pagi... Ding-dong. " Siapa pulak yang datang nie.." Sabrina mengeluh. Lalu, dia pergi ke ruang tamu untuk membuka pintu. " Telur? " bisik hati kecilnya. Dia pun mengangkat telur tersebut dan membawanya masuk ke dalam. Kemudian, dia membawa telur itu ke dalam biliknya lalu meletakkannya di atas sebuah batal yang terletak di atas meja belajarnya. Dia tertanya-tanya apakah yang akan keluar setelah telur itu retak. Dia bertambah hairan apabila mendapati saiznya yang sebesar streka dan corak bulatan di atasnya.



Sunday, October 25, 2009

Episod 1: Telur?! (bhg 2)


" Mitsuki ! " kata ibu Mitsuki yang bernama Puan Sara. " Ya mak'. Mitsuki berlari ke arah ibunya yang sedang memasak di dapur. " Pergi ke bilik stor di luar rumah tu dan kamu kena kemaskan bilik tu faham..". Dia berlari anak ke luar menuju ke bilik stor sambil membawa bulu ayam bersamanya. Setibanya di sana, dia mula membersihkan bilik itu dengan menjatuhkan sawang & sarang labah2 ke bawah agar mudah bilik itu dibersihkan. Selepas itu, dia menyusun kotak2 dan barang2 di situ. Sewaktu sedang menyusun kotak, tiba2 dia ternampak sebiji telur yang mempunyai corak pusaran di atasnya. Dia pun mengangkat telur itu lalu membawanya masuk ke dalam rumah. Dia pergi ke dapur lalu bertanya " Mak, ni telur apa? ". Ibunya membalas " Mana la mak nak tau...eh,mana kamu jumpa telur tu..?" tanya Puan Sara dengan perasaan hairan dan terkejut. Mitsuki terus berlari ke atas meninggalkan ibunya yang kebingungan. Setibanya di kamar, dia terus meletakkan telur itu di dalam sebuah raga rotan lalu membalutnya menggunakan tuala agar telur itu menjadi hangat...


Saturday, October 24, 2009

Episod 1: Telur?! (bhg 3)

Natsumi, seorang murid yang aktif bersukan merupakan anak gadis Puan Lily. Sekarang ialah musim panas di negara matahari terbit. Natsumi menaiki basikalnya yang berwarna merah ke kedai untuk membeli ketul ais yang disuruh oleh ibunya. Setelah membeli ketul ais, dia mengayuh basikalnya sepantas kilat supaya ais tersebut tidak sempat cair di tengah jalan. Setibanya sampai di rumah....

Puan Lily :Mana ketul ais tu?
Natsumi : Nah.
Puan Lily : Terima kasih...Nah, tadi ada postman hantar bungkusan nie untuk kamu.
Natsumi : Sape hantar?
Puan Lily : Entah.

Dia mengambil bungkusan tersebut lalu pergi ke bilik. " Wah!!! ada coklat lah! " Jerit Natsumi dengan riangnya. Tiba-tiba, coklat tersebut bertukar menjadi sebiji telur yang mempunyai belang di kelilingnya.

Friday, October 23, 2009

Episod 1: Telur?! (bhg 4)

Mereka bertiga bercadang untuk pergi ke perpustakaan selepas waktu persekolahan tamat. Tujuan mereka ke sana adalahlah kerana mereka ingin menyilidik hal berkenaan telur tersebut. Malangnya, mereka tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya. Tetapi, Mitsuki masih tidak berputus asa kerana dia memang ingin tahu telur apakah itu. Setibanya di rumah, dia terus ke bilik lalu membuka komputer. Dia mengakses internet dan menaip www.typeofeggs.com , www.alieneggs.com & www.spiraleggs.com. Namun, semua laman web itu tidak wujud langsung. Bukan itu sahaja, dia juga langsung tidak memperoleh apa2maklumat mengenainya melainkan telur dinasour dan sebagainya.Tepat jam 12 malam ke tiga-tiga telur itu retak dan keluarlah 3 ekor haiwan. Mereka datang dari planet yang berbeza.


Thursday, October 22, 2009

Episod 1: Telur?! (bhg 5)


Pada keesokan pagi, alangkah terkejutnya Puan Sara apabila melihat keadaan rumahnya yang tunggang langgang. Dia mengambil sebuah kamus di ruang tamu. Dia bertujuan ingin memukul perompak yang memasuki rumahnya. Namun lain pula yang jadi. Dia berjalan menuju ke dapur dan perlahan-lahan ke peti sejuk memandangkan ianya terbuka. Dia menjerit apabila melihat seekor beruang kecil yang comel sedang menggigit-gigit bungkusan bebola ikan. Apabila beruang itu nampak Puan Sara. Dia terus berlari masuk ke dalam bilik Mitsuki dan menyorok di sebalik serpihan telurnya. Puan Sara menjadi kaku seketika. Dia ingin menanya anak kesayangannya berkenaan hal itu apabila dia bangun. Sekarang, lebih baik dia mengemaskan rumahnya yang tunggang-langgang itu sebelum suaminya bangun.

Wednesday, October 21, 2009

Episod 1: Telur?! (bhg 6)


Natsumi tercari-cari bunyi mengiau yang didengarinya. Rura-rupanya telur itu sudah retak dan keluarlah seekor anak kucing comel yang berkepala besar berbadan kecil. Bulunya juga lembut bagaikan sutera. Perlahan-lahan dia menghampirinya lalu menangkapnya. Kucing itu meronta-ronta cuba melepaskan diri tetapi gagal. Natsumi tersenyum sendirian kerana dia mempunyai idea yang cukup bernas pada masa itu.

Tuesday, October 20, 2009

Episod 1: Telur?! (bhg 7)


Alangkah terkejutnya Sherry, kakak kepada Sabrina, apabila melihat haiwan berbulu tebal sebesar bola sepak sedang mengemas ruang tamu rumah mereka sambil menyanyi riang. Tidak lama kemudian, Sabrina bangun dan melihat apa yang berlaku. Apabila melihat akan kerajinan haiwan tersebut, dia berasa kagum dan tak sabar2 untuk ke sekolah bagi menceritakan apa yang berlaku di rumahnya.

Monday, October 19, 2009

Episod 1: Telur?! (bhg 8)


Setibanya di sekolah, mereka bertiga berkumpul di atas bumbung dan masing2 menceritakan hal yang sama. Hal ini dijadikan rahsia di antara mereka bertiga. Sebenarnya...Sabrina ingin saja memberitahu satu sekolah mengenainya tetapi perbuatan ini dihalang oleh Natsumi dan Mitsuki. Bukannya apa tapi, mereka khuatir jika ke tiga2 haiwan mereka itu diburu oleh org ramai. Natsumi terpaksa menggunakan kekerasan sbb Sabrina nie mulut tempayan. Loceng berbunyi menandakan sesi pembelajaran akan bermula sebentar lagi...








Sunday, October 18, 2009

Episod 2 : Hadiah Buat Bombi


Cuti musim panas memang membosankan. Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menonton telivisyen. Semua kerja rumah telahpun disiapkan olehnya. Dia melihat mata Bombi merenung tepat ke arah kaca TV apabila melihat iklan yang tertera. Iklan tersebut adalah berkenaan sebuah kereta mainan yang boleh dinaiki oleh kanak2 yang berusia dlm lingkungan 2-4 tahun. Bombi ingin sekali memilikinya jadi, Mitsuki merancang utk membelikannya satu.

Saturday, October 17, 2009

Episod 2 : Hadiah Buat Bombi (bhg 1)

Cuti musim panas sememangnya indah buat Natsumi. Kalau cuti musim panas sebelumnya dia selalu bangun jam 9:00 pagi, tp tahun nie dia bangun jam 10:oo pagi. Ini kerana dia telah menjadikan Kitty sebagai bantal. Kesian Kitty, tapi, Kitty langsung x kisah sbb dia dah biasa dah dgn keadaan nie.... Kesian Kitty... Tapi, nasib Kitty x de lah semalang nasib Fufu..............




Friday, October 16, 2009

Episod 2 : Hadiah Buat Bombi (bhg 2)

Lama kelamaan, timbullah niat jahat Sabrina terhadap Fufu. Dia mengambil kesempatan ini untuk menjadikan Fufu kulinya. Perbuatannya ini acap kali dilarang oleh kakaknya. Namun dia memang keras kepala. Apabila kakaknya pergi bekerja, dia akan mengunakan masa itu untuk menyeruh Fufu membuat pelbagai kerja. Tetapi apabila kakaknya berada di rumah, dia akan berbuat baik terhadap Fufu. Namun, Fufu hanya berdiam diri & merahsiakan perkara ini drpd diketahui sesiapa termasuk kawan2nya, Kitty & Bombi....

Thursday, October 15, 2009

Episod 2 : Hadiah Buat Bombi (bhg 3)


Di sebelah petang, Bombi keluar bagi membeli kereta mainan impiannya. Jadi, Mitsuki mengambil kesempatan ini bagi membalut hadiah tersebut. Apabila tiba di kedai, perasaannya yang riang kini memjadi muram apabila mendapati kereta tersebut sudah pun habis dijual. Jika dia inginkan kereta itu, dia terpaksa menunggu sehingga habis cuti musim panas. Baginya waktu itu terlalu lama. Dengan perasaan yang hampa & kecewa, dia balik ke rumah....

Wednesday, October 14, 2009

Episod 2 : Hadiah Buat Bombi (bhg 4)


Mitsuki berasa amat kasihan akan Bombi. Kerana pada hari itu Bombi langsung tidak keluar dari biliknya. Malah, makanan kegemarannya pun langsung tidak disentuhnya. Walaubagaimanapun, dia terpaksa membiarkan Bombi bersedih kerana dia ingin memberikan mainan impian Bombi itu pada keesokan paginya sempena hadiah hari jadinya.....

Tuesday, October 13, 2009

Episod 2 : Hadiah Buat Bombi (bhg 6)

Bombi memakan kek itu dgn lahapnya setelah mendapat hadiah daripada tuannya. Dia berasa amat beruntung kerana mempunyai tuan yang baik seperti Mitsuki. Fufu hampir menagis kerana dia berharap tuannya baik seperti tuan Bombi tetapi, malang.....kerana harapannya tidak akan menjadi kenyataan. Dia tidak pernah iri hati terhadap Bombi malah dia tumpang gembira. Suci sungguh hati Fufu, makhluk asing yang datang dari plenet Marikh......





Episod 2 : Hadiah Buat Bombi (bhg 5)


Seperti yang dirancang, Kitty dan Fufu membawa Bombi bersiar-siar manakala Mitsuki dan rakan-rakannya menghias rumah bagi party hari jadi Bombi. Selesai sahaja menghias rumah, mereka ke dapur utk membuat kek black forest kegemaran Bombi. Mitsuki dan Sabrinalah yang membuat kek sementara Natsumi membuat smoothie buah-buahan sebagai miuman. Mereka berharap party ini akan berjalan lancar.

Sunday, October 11, 2009

Episod 3:Kerana Semangkuk Maggi...

Cuti musim panas sudahpun berakhir. Tak lama lagi, tibalah musim luruh. Pada hari itu, kakak Sabrina terpaksa pulang lewat kerana kerja lebih masa. Jadi, dia pun membelikan mee segera(maggi) untuk santapan Sabrina dan Fufu. Tetapi malangnya, Sabrina tidak gemar akan mee segera.

Pada waktu pagi, Fufu bangun awal bagi memasak mee segera. Apabila Fufu menghidangkan mee segera, Sabrina tiba2 mengamuk. Lalu dia pun berkata:

Sabrina : Kenapa awak masak maggi?!
Fufu : Fu...fu...( saya cuma mengikut arahan kakak awak )
Sabrina : Sekarang awak ikut arahan saya! Pergi masakkan saya nugget & sossej!
Fufu : Fufu!( tapi nugget & sossej dah habis )
Sabrina : Ish, bengapla awak nie! Pergi la beli!
Fufu : Fu..fu...( tapi saya dah masak )
Sabrina : Saya tak nak makan!


Lalu, Sabrina menumpahkan mee segera yang ada di dalam mangkuknya. Kemudian, dia menyuruh Fufu membersihkan tempatnya. Dia terus ke sekolah. Di dalam perjalanannya, dia berhenti di gerai sushi lalu membeli sushi sebagai bekalannya hari ini.

Saturday, October 10, 2009

Episod 3:Kerana Semangkuk Maggi(bhg 2)



Natsumi : Kenapa awak bad mood nie?


Sabrina : Kakak tu ha....


Natsumi : Nape ngan dia...


Sabrina : Ade ke patut dye belikan aku maggi. Mcmla dye tak tau yg aku tak suka

mkn maggi...


Natsumi : Alah psal tu je...ingatkan putus cinta...( mengusik )


Sabrina : Ish, bf pun tak de nak putus cinta apenya...


Natsumi : Mana la nak tau....


Mitsuki : Jadi, awk tak nak mkn ke harinie?


Sabrina : Klaw dah terpaksa?


Kemudian, mereka mkn bekalan masing2 sebelum waktu rehat tamat. Pada waktu yang sama, Fufu sedang menangis di dlm biliknya yg kecil itu tampa diketahui sesiapa pun.

Friday, October 9, 2009

Episod 3:Kerana Semangkuk Maggi(bhg 3)


Pada waktu mlm, Sabrina hilang sabar & telah mencampak Fufu ke luar rumah. Fufu terjatuh ke dlm longkang. Mujurlah dia pandai berenang. Kalau tidak habis hanyut dia di bawa arus yang deras sbb, pada mlm itu, hujan turun dgn lebatnya. Dia berdiri di hadapan rumah Sabrina lalu memikirkan nasibnya yang malang sepanjang bersama Sabrina. Dia langsung tidak mendapat kasih sayang . Dia berdiri di situ kerana dia menyangka Sabrina bagi membuka pintu lalu memoelawa dia masuk ke dlm. Sangkaannya meleset. Sudah hampir 30 minit dia berdiri di situ namun, masih tiada jawapan. Jadi, dia mengambil keputusan utk beredar dr situ....